Selasa, 1 September 2009

Karnival USP Negeri Pahang











Pada hujung tahun 2008 lalu pihak maxis telah mengadakan satu karnival usp di Perpustakaan awam daerah lipis yg berlansug selama dua hari iaitu pada 11/12/2008 - 12/12/2008 karnival ini di bimbing oleh En Ariffin bin abdul wahab selaku state controller negeri pahang disamping itu terdapat 8 orang penyelia ppik negeri pahang yang turut menjalankan tugas di karnival ini mereka ialah Hidayah Bt Bahaman (Ppik Benta,Kuala Lipis) Mohd Iszaidee Bin Ismail (Ppik Jeruas,Raub) Mazlan Bin Marzuki (Ppik Damak,Jerantut) Rosmawati Bt Mohamed (Ppik Bukit Nikmat,Jerantut) Norsazwani Bt Mohd Rozi (Ppik Pulau Tawar,Jerantut) Mimi Noor Azni Bt Shaari (Ppik Felda Kemasul,Bentong) Roslina Bt Jamaludin (Ppik Lurah Bilut,Bentong) dan saya sendiri Rosmiati Laila Bte Roslan (Ppik Merapoh,Kuala Lipis). Disamping itu barang-barang keperluan karnival seperti komputer telah di sediakan oleh pihak menara seven dan perabut & kelengkapan lain pula kami meminjam dari perpustakaan awam daerah lipis. Karnival ini bertujuan menambah pengetahuan komuniti berkaitan komputer dan internet dan memperkenalkan ppik sebagai pusat pembelajaran komputer serta menerangkan apa tujuan pusat perkhidmatan ilmu komuniti ini ditubuhkan. karnival ini mendapat sambutan dari semua komuniti tidak kira tua atau muda,di karnival ini kami mengadakan pembelajaran terbuka tentang komputer & internet kepada komuniti disamping itu juga sijil turut diberi kepada peserta yang mengikuti sesi pembelajaran ini.untuk aktiviti kanak2 pihak maxis ada menyediakan aktiviti di dewan residen lipis. Banyak yang kami pelajari sepanjang karnival ini berlansung walau pun terdapat masalah seperti ada sesetengah komputer yang tidak boleh digunakan namun itu tidak mematahkan semangat kami para penyelia untuk mengajar dan memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti. saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Ariffin kerana bersusah senang dengan kami begitu juga kepada kawan2 yang sama2 mengikuti karnival ini kerana memberi satu kerjasama yang baik,terima kasih juga kepada En Radzi ibrahim selaku ketua perpustakaan awam lipis kerana banyak membantu kami. Akhir sekali terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival usp bagi negeri pahang ini.

Tiada ulasan: