Selasa, 8 September 2009

SuKaN KoMuNiTi MeRaPoH

Pada 11/7/2009 dan 12/7/2009 yang lalu pihak belia merapoh telah mengadakan sukan komuniti bagi daerah lipis @ batu yon II meliputi kampung-kampung sekitar merapoh ini dan acara perasmian pembukaannya pada 7/7/2009,acara sukan ini berlansung selama 2 hari.. 

Pada 7/7/2009 YB SHAROM selaku YB adun padang tengku @ mukim batu yon II telah merasmikan pembukaan sukan ini..


Acara2 yang dijalankan pada 11/7/2009 ialah bola jaring dan takraw disamping itu juga turut diadakan tapak jualan untuk pengunjung membeli makanan dan minuman dan pameran dari pihak polis bahagian pencegahan jenayah lipis ,jkm lipis (jabatan kebajikan masyarakat) dan bomba dan penyelamat kuala lipis. Tapak jualan dan pameran ini berlansung sehingga jam 5 petang 12/7/2009.


Pada 12/7/2009 pula acara2 yang dijalankan ialah futsal dan sukaneka. tadika kemas dan perpustakaan desa merapoh turut menyertai acara sukan ini. Acara dari tabika kemas ialah sukaneka bagi kanak2 tadika dan acara dari perpustakaan desa ialah congkak,sudoku dan carram. pada sebelah malam pula diadakan kenduri sekampung dan doa selamat serta tahlil yang di adakan di masjid merapoh,selepas kenduri sekampung kami semua ke dewan merapoh untuk majlis perasmian penutup oleh YB SHAROM adun padang tengku @ mukim batu yon II. selepas perasmian acara karoake dan pesembahan kanak2 pula diadakan.

Selepas majlis perasmian penutup berakhirlah sukan komuniti merapoh ini.terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada semua para belia dan beliawanis merapoh kerana berjaya menjayakan sukan komuniti ini,terima kasih juga kepada pihak jpam(jabatan pertahanan awam)merapoh kerana menjalankan tugas dengan sebaiknya... 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
BELIA BENCI DADAH!!! 


Tiada ulasan: